Ladang seluas 76 ekar yang bertempat di Jalan Panching, Mukim Ulu Kuantan, Kuantan, Pahang telah dianugerahkan oleh Kerajaan Pahang bagi mengembangkan perniagaan syarikat. Antara tanaman yang diusahakan:
Ladang seluas 76 ekar ini dipecah kepada tiga fasa. Fasa satu, seluas 15 ekar bermula tahun 2019 dan siap ditanam dengan tanaman utama dan selingan pada pertengahan 2021. Fasa dua sedang berjalan dengan pembukaan lagi 35 ekar dan ia juga termasuk pembinaan rumah baja kekal dan tapak semaian benih yang mana akan menjadi tarikan pelawat mempelajari teknik mengenal anak benih kelapa pandan asli serta tanaman lain.
Pengarah Projek Nor Afian Salamuddin merancang untuk menjadikan ladang 76 ekar sebagai satu kawasan pembelajaran berkaitan Pertanian dan Penternakan dan memberi peluang kepada anak-anak bagi mengenal tumbuhan dan ternakan. Bagi merealisasikan perancangan ini pelbagai nilai tambah bakal di usahakan agar ia menjadi tarikan pelawat dan pelancong ke Agro Park Boy seperti menyediakan tapak perkhemahan yang lengkap serta selesa, dan yang paling utama adalah dari segi keselamatan.